KISAH HATI

HATIKU HATIMU,
MENJADI SATU CINTA..
ehhh,nyanyi pulak lagu KISAH HATI.. Memang laa tajuk KISAH HATI tapi hati lain tau... "Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh badan ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk, maka buruklah keseluruhannya. ketahuilah ia adalah hati" .. Mesti pernah dengar hadis ni kan??haa.. pasal HATI ni laa cite die.. O.K, semua negara ada pemerintah kan? kalau tak da pemerintah negara hancur laa kan?. Begitu juga dengan badan kita.. Badan kita pun ada pemerintah jugak.. Tahu tak sape yang perintah badan kita untuk bekerja? akal? fikiran? betul ke?.. O.K . pemerintah badan kita sebenarnya adalah HATI... Sebab apa? .. Sebab hati yang memerintah seluruh badan untuk bekerja.. Juga melakukan tindakan baik atau jahat.. Tak percaya?.. Hmmm, mana datangnya sabar, sedih, marah, dan apa-apa perasaan? dari HATI kan?.. HATI kan ada hubungan dengan MATA.. Betul laa.. Kalau tak kenapa orang bercinta selalu cakap dari mata turun ke hati.. Apa yang kita lihat semua sampai ke hati.. Macam kita ternampak orang dalam kesusahan, tiba-tiba kita ada perasaan nak tolong kan? Sebab tu laa MATA ada affair ngan HATI.. hahaha.. O.K hati kita sakit, bukan sakit nak sampai kena bedah tu,alaa bengang la... kan.. Ubat die adalah sentiasa berselawat,beristighfar, dan selalu dekat dengan ALLAH.. Baru laa susah penyakit HATI menyerang kan?... So, jaga HATI tu sebaik mungkin.. Jangan biar dia perintah kita buat jahat.. Biar dia jadi pemerintah yang baik.. INGAT ALLAH SELALU,supaya SI PEMERINTAH badan kita ni suruh kita buat baik selalu..

No comments: