SUMAYYAH


dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh
kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelenggu jahiliah kau tempuh dgn berani
walaupun jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik Tuhan…
padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
tika suami dan anak dibaring menghadap mentari
disuruh memilih iman atau kekufuran
samar jahiliah atau sinaran akidah…..
sabarlah keluarga yasir
bagimu syurga disana
dan kau pun tegar memilih syurga
walau terpaksa mengoban nyawa
lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
namun iman didadamu sedikit tidak berubah…
darahmu menjadi sumbu pelita iman
sumayyah kaulah lambang wanita solehah
tangan yang disangka lembut menghayun buaian
menggoncang dunia mencipta sejarah…
sumayyah kau dibunuh didunia sementara
untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
kaulah wanita terbaik
sebaik manusia
namamu tetap menjadi sejarah…

kenal tak siape SUMAYYAH tu?hmmm,SUMAYYAH adalah seorang wanita yang teguh imannye..SUBHANALLAH,SUMAYYAH dibunuh kerana mempertahankan keimanannya terhadap ISLAM..ya ALLAH,mampukah aku menjadi wanita sehebat SUMAYYAH..

No comments: