SURAT CINTA UNTUK CALON SUAMIKU

CALON SUAMIKU.APA KHABAR KAMU?APA KHABAR JUGA IMANMU?KU HARAP SEMUANYA DALAM KESIHATAN YANG TIDAK MENGECEWAKAN.APAKAH KAU TELAH MENYEMPURNAKAN HARIMU DENGAN IBADAH YANG DIBERKATI ALLAH SWT?KU HARAP KAMU TELAH MELAKUKAN ITU.WAHAI CALON SUAMIKU,WALAU TIDAK PERNAHKU TAHU DIMANAKAH KAU SEKARANG BERADA,TAPI AKU PERCAYA TAKDIR ALLAH PASTI AKAN MEMPERTEMUKAN KITA SUATU KETIKA NANTI.WAHAI CALON SUAMIKU,AKU BUKANLAH INSAN YANG SEMPURNA.AKU PUNYA KELEMAHAN.WAHAI CALON SUAMIKU,TIADA LAIN AKU PINTA DARIMU.CUKUPLAH KAU MENERIMA AKU SEADANYA AKU.AKU JUGA AKAN MENERIMAMU SEADANYA KAMU.WAHAI CALON SUAMIKU,ANDAI SUATU KETIKA NANTI KITA DIIJABKABULKAN,KAMULAH IMAMKU.JUSTERU ITU TEGURLAH AKU JIKA TINGKAHKU TIDAK MENYENANGKANMU.KU INGIN SEKALI BERSAMAMU MENGECAP BAHAGIA DUNIA JUGA DI AKHIRAT.KAU BIMBINGLAH AKU JIKA AKU TIDAK TAHU.WAHAI CALON SUAMIKU,JIKA LAHIRNYA UMAT-UMAT RASULULLAH DARI PERNIKAHAN KITA INI,BERSAMALAH KITA MENJADIKAN MEREKA INSAN YANG MEMBANGGAKAN.ASET YANG MEMBOLEHKAN KITA BERSAMA KE SYURGA.WAHAI CALON SUAMIKU,WALAU TIDAK PERNAH KU TAHU SIAPAKAH KAMU,TAPI AKU PERCAYA KAMU SENTIASA MEMPERBAIKI DIRIMU UNTUK MENJADI IMAM YANG SEMPURNA BUAT AKU JUGA ZURIATMU KELAK.KU JUGA SENTIASA CUBA UNTUK MEMPERBAIKI DIRIKU UNTUK MENJADI TERBAIK.WALAUPUN AKU BUKAN INSAN YANG TERBAIK,TAPI CUKUPLAH AKU MENJADI YANG TERBAIK BUAT DIRIMU KELAK,INSYAALAH.WAHAI CALON SUAMIKU,ANDAINYA AKU TAK MAMPU MENJADI SEPERTI SITI KHADIJAH,ANDAI IMANKU TIDAK SETEGUH SUMAYYAH,DAN ANDAINYA KU TIDAK MAMPU MENJADI SITI HAJAR,KAU BIMBINGLAH AKU UNTUKKU MENJADI SEPERTI MEREKA.BERSAMALAH KITA MENERUSKAN PERJALANAN DAKWAH KITA BERSAMA-SAMA BUAH CINTA KITA AGAR KEHIDUAPAN DAN KEBAHAGIAAN KITA DIBERKAHI OLEH YANG MAHA ESA.PERCAYALAH AKU TIDAK AKAN LUPA MENDOAKAN AGAR KESIHATAN MU JUGA IMANMU SENTIASA SEGAR AGAR BISA KITA BERSAMA KE JALANNYA.KAU AKAN SENTIASA DI DALAM SUJUD DAN DOAKU.DAN KU BERHARAP KAU JUGA MEMBAWAKU KE DALAM DOA SERTA SUJUDMU WAHAI CALON IMAMKU JUGA BAPA ZURIATKU.SEMOGA CINTA KITA HANYA UNTUK NYA.SEKIAN DULU CALON IMAMKU BAPA ZURIATKU.ASSALAMUALAIKUM.

DARIPADA CALON ISTERIMU IBU ZURIATMU<NURADIILAH BINTI HUSIN>


No comments: