hey! hidup di dunia bukan untuk puaskan hati semua oranglah!!

Assalamualaikum.. :)






"Apa kes,buat itu tak kena,buat ini tak kena.Ingat aku ni robot ke?.Hey, robot pun boleh mampus lah kalau asyik nak penuhkan permintaan dorang je".


Haa, mesti ada yang macam tu kan?. Dee pun sama lah =_= .. hikhik.. Hello,kita memang takkan mampu lah untuk puaskan hati semua orang.Kita manusia biasa yang diciptakan oleh Allah S.W.T. . Tak semua orang boleh terima kekurangan kita kan?.Apa punya manusia lah tak boleh terima kekurangan orang lain? Allah S.W.T cipta manusia dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing.Allah S.W.T beri kekurangan pada kita supaya kita tidak lupa padanya.Hey awak semua pedulikan mereka semua.Jangan nak turuti sangat dorang tu.Kita bukan robot.Robot pun boleh meletup.Hahahahaha.Kita buat apa yang mampu kita buat je.Jangan pernah berubah.Tak payah lah nak jadi orang lain supaya orang tu boleh terima kita.Jadi diri sendiri adalah lebih baik.Biarlah orang tu nak terima kita atau tak nak.Ala bukan boleh mati pun dia tak mahu terima kita,yang penting Allah S.W.T terima kita.Kenapa nak sangat puaskan hati orang?Sunnah Rasulullah S.A.W dan perintah Allah S.W.T pun tak semua kita buat walaupun mampu,inikan nak puaskan hati orang yang kita tak mampu lakukan.Sebenarnya,kalau kita sentiasa dekat dengan Allah S.W.T,kita tak perlu risau,sebab Allah akan sentiasa bersama orang yang mengingatinya.Dekatkan diri dengan Allah tak susah pun.Turuti perintahnya,tinggalkan larangannya.Senangkan :).. Sememangnya hidup di dunia bukan untuk puaskan hati semua orang.Tapi kita mesti cuba buat yang termampu kita lakukan dan yang terbaik.Okeyh..SENYUM SEMUA!!

No comments: