Ilmu akhirat dah cukup ke?

"Anda ada bakat menyanyi,berlakon,bla,bla,bla....tapi tak cukup ilmu,datanglah uji bakat bla,bla,bla...pada bla,bla....."

Eh,lupa.. Assalamualaikum semua...Yang dekat atas tu apa kes?mesti korang tertanya-tanyakan...Aish,korang tahukan sekarang tak habis-habis program realiti.Ah,macam-macamlah program realiti yang ada,Mentor,Akademi Fantasia,Pilih Kasih,banyak lagilah...Eh,korang yang menyertai program ni dah cukup sangat ke ilmu akhirat tu?Eh,maaf soalan hangat.Haha..Yang buat program ni kenapa pulak?Eh,buatlah program yang menambahkan ilmu agama,ini tidak,asyik-asyik benda takda faedahnya.Majoritinya,yang sertai program ni adalah melayu.Bila bangsa melayu nak maju kalau macam ni gayanya.Ada tu yang sanggup berhenti kerja semata-mata nak sertai program ni,tindakan bodoh tu namanya.Tahu tak,bapa atau suami yang membenarkan anak gadisnya atau isterinya menyertai program tak berfaedah ni adalah di kategorikan sebagai lelaki Dayus.Anda dayus?Bapa anda dayus?Suami anda dayus?.Tahu pun marah,dah tu siapa suruh nak jugak sertai program lagha ni.Lagha ke?Agaknya,sebab hiburan yang boleh membawa dosa.Memang dosa pun.Aurat dedah sana sini.Tak malu.Perempuan haramlah mnyanyi.Tak tahu ke?Tanya ustaz kalau mahu dapat kepastian.Tak payah nak kemaruk nak jadi penyanyi ke,pelakon ke,apa-apalah yang sewaktu denganya.Lebih baik kamu semua tambahkan ilmu akhirat.Ingat ajal kita tak tahu bila.Hanya amalan didunia yang dibawa apabila kita mati kelak.Tahukan?Habis tu dah cukup ke amalan & bekalan kamu tu?Banyaklah kamu punya nanti,takkan kamu nak cakap "Wahai Izrael,nantilah ambil nyawa aku".Oh,ada jugakkan yang cakap,lantaklah, itu hak masing-masing.Dalam kubur kamu jawablah jugak itu hak masing-masing ya.Hahaha.Kubur-kubur lain kan.Hahaha,memang kubur lain-lain pun.Tapi tak ke kamu terfikir,kamu mati nanti,kena seksa kuburkan,kamu menjerit,melalakkan..Tak kasihan ke dekat jiran sebelah kubur kamu tu.Terpaksa dengar jeritan sakitmu itu.Jangan sertai program realiti yang melalaikan.Kalau promgam yang macam Imam Muda,Akademi Al-Quran tu semua bolehlah.Program tu dapat jugak ilmu bermanfaatkan.


Harap maaf jika ada bahasa yang agak kasar.Kalau suka komen,tak suka pun komen dan beritahu kenapa.Terima kasih sudi luangkan masa anda.

No comments: