Alahai, customer!!




Ada dua orang manusia ni masuk ke salah satu kedai pakaian.. Nak cari pakaian lah.. Ini antara perbualan mereka..

Manusia 1: Awww, lawanya seluar ni.. (seluar yang berlipat tu, dibuka olehnya)

Manusia 2: Eeee, tak lawa lah, macam badut.. Yang ni lagi lawa..

Manusia 1: Aaah la.. (Ternampak je seluar yang ditunjukkan Manusia 2, terus biarkan seluar mula2 tadi, tak berlipat, main campak je)

Manusia 2 : Lawanya baju tu (Dah nampak baju pulak.. dan seluar2 tadi di campak macam tu je.. bersepah sudah)

Manusia 1 : Aaah la, ala tinggi pulak nak ambil.. Dik, tolong ambilkan..(Baju tu sangkut kat atas sangat, so susah lah nak ambil, jadi suruh staff kat situ ambilkan)

Staff : Yang mana ye?

Manusia 1 ; Yang tu.. (Dan, staff tu pun turunkan baju tu..)

Manusia 2 : Dik, tengok yang tu pulak, yang ni mcam tak berapa berkenanlah..(Baju tadi dibiarkan macam tu, nak yang lain pulak)

Staff : OK,

Manusia 1 : Alaa, tak da saiz kecik ke dik?

Staff : Maaflah, tak da.. Yang ni je tinggal

Manusia 2 : Kalau macam tu tak pa lah.. Jom blah..

(Mereka pergi macam tu je.. pakaian2 tadi dibiarkan macam tu je.. tempat letak pakaian yang mula2 elok, tersusun cantik dah berupa kapal pecah..)


Alahai, customer.. Sabar je lah melayan kerenah korang..

Cerita tu tak da kaitan dengan sesiapa tau.. baik yang hidup atau pun pengsan..

Dee, dulu pun macam tu jugak.. belek2,bukak2.. tak berkenan tinggal macam tu je..

Dalam hati cakap, lantak lah, staff sini ade.. ni semua kerja dorang.. Dan bila Dee menjadi seorang SALESGIRL, nah, rasakan balik!!.. macam ni rupanya perasaan staff yang bekerja di kedai2 pakaian..

Sumpah, lepas ni Dee takkan buat macam tu lagi..


Ps: BUDI BAHASA BUDAYA KITA.. KORANG, SEBAGAI CUSTOMER HARAP BERBUDI BAHASA SIKIT.. KAMI TAHU CUSTOMER ADALAH RAJA.. TAPI KAMI JUGA BANYAK KERJA.. HOPE KORANG JADI CUSTOMER YANG BERSIKAP PRIHATIN.. ;)



3 comments:

Hanie Abd Hamid said...

Erm... selagi kita tak rasa, selagi tue kita tidak tahu kan..

Miss Dee Laa said...

@Hanie Abd Hamid tahu takpa.. dah rasa, barulah kita tahu.. lpas ni tak buat dah macam tu... kesian kat staff2 tu.. penat

❖ Syaa ❖ said...

Orang macam nie kejam . Saya pon lau dyorang buat cmtu ase nak lempang jeh hehe