Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya

Baca dan hayatilah kisah ini.Fahamilah mesej yang disampaikan.Dan yang paling pentingkan amalkan ilmu yang anda dapat.


Ini kisah seorang bayi yang akan dilahirkan kedunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan,"Para Malaikat di sini mengatakan bahawa Engakau akan mengirimkan saya ke dunia,tapi bagaimana cara saya hidup disana nanti? Saya begitu kecil dan lemah".

Maka Tuhan pun menjawab,"Aku telah memilih satu malaikat untukmu.Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya".

Bayi itu bertanya lagi,"Tapi di sini,di syurga ini,apa yang akan saya lakukan hanyalah bermain,menyanyi dan tertawa.Bukankah itu sudah cukup bahagia buat saya?"

Tuhan menjawab,"Malaikatmu nanti akan menyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.Kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan kamu akan lebih bahagia di sana".

Bayi itu bertanya lagi,"Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang yang bercakap dengan saya,sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?"

Tuhan menjawab,"Malaiakatmu yang akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar.Dan dengan penuh kesabaran dan prihatin dia akan mengajarmu cara untuk berkata-kata".

Bayi itu bertanya lagi,"Apakah boleh saya lakukan untuk saya berbicara denganMu?"

Tuhan menjawab,"Malaikatmu yang akan mengajar cara untuk berdoa dan bermunajat kepadaKu,"

Bayi itu bertanya lagi,"Saya mendengar di Bumi banyak orang jahat.Siapa yang akan melindungi saya nanti?"

Tuhan menjawab,"Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun terpaksa korban jiwa dan raga".

Bayi itu bertanya lagi,"Tapi saya akan merasa sedih tidak dapat melihatMu lagi".

Tuhan menjawab,"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana nanti kamu akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya akau akan sentiasa di sisimu".

Pada saat itu Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan,"Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini,bolehkah Kamu khabarkan kepadaku,siapakah Malaikat yang Kamu maksudkan itu?"

Tuhan pun menjawab,"Kamu akan memanggil Malaikatmu itu sebagai "IBU". Maka ingatlah sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan ingatlah setiap pengorbanan Ibu mu. Berbakti,berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, di dunia mahupun akhirat".

Dan para ibu, ingatlah kisah ini di kala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anakmu yang sedang membesar.Sesunggunya Syurga itu di bawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara;
  • Wajahmu dengan airmata keinsafan.
  • Lidahmu basah dengan berzikir kepada Paenciptamu.
  • Hatimu takut dan gementar dengan Robb mu.
  • Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

No comments: