Ambil kesempatan dalam kesempitan

Assalamualaikum semua.. Okey , rasenya masih belum terlambat lagi Dee nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua yang beragama Islam..


Haa, kali Dee nak cerita pasal hari ni. Kenapa dengan hari ni? Okey Dee cerita korang baca. Ceritanya bermula begini..

Tadi, Dee ngan kawan-kawan keluar shopping kat Tesco Ampang. Yalah nak beli barang-barang keperluan perut dan nak isi perut sekali. Dee makan KFC.. Dee order Zinger Double Down .. Sedap woo.. Okey, lepas dah isi perut dan beli barang keperluan perut, kitaorang gerak nak balik ke Institut Profesional Baitulmal .. Korang tahu tak kat mana Institut Profesional Baitulmal ni? Tak tahu? Kesian.. Okey, searh google skarang. Aishh, macam mana boleh tak tahu ni, IPB baru je tengah hari tadi JS PiCTURE buat shooting.. JS picture tu Sheila Rusly punya company lah. Haa, IPB pernah masuk cerekarama tau. Ishh , adui apa yang Dee melalut ni? Bosan kan. Entah apa-apa Dee ni.

Okey , sambung balik cerita Dee tadi dan abaikan cerita melalut Dee tu. Masa Dee nak balik IPB tu , kitaorng naik teksi. Mak oi, terkezut mak , tahu tak tambang teksi RM 6.30 .. Masa pergi Tesco tu baru RM 4.80. Jauhkan perbezaan dia. Okey, itu Dee tak kisah lah sangat. Yang Dee hairan tersangat sangat lah kan, korang pernah tak kena caj letak barang kat bonet teksi? First time kot kena caj letak barang kat bonet teksi. Dah banyak time letak tak pernah-pernah kena caj. Uishh melampau. Yang sedihnya driver teksi tu orang melayu. Melayu sama melayu pun boleh jadi macam tu. Tak pa mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Nota tak berkaki: Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan. K

No comments: