Surat Untuk Twiiter

Kehadapan sahabat ku Twitter,

Tujuan aku menulis surat ini adalah untuk memberitahu engkau bahawa aku amat kecewa dengan kau. Aku amat kecewa kerana aku tidak tersenarai sebagai seorang yang Twitfamous. Aku tak se gah Barbie Malaysia a.k.a Adel Asha, aku tahu rupa aku tak seperti Angelina Jolie Malaysia a.k.a Baby Haney, aku jugak tak macam si Puteri Jawa Kpop a.k.a Ayuni..

Ohh, aku jugak tak reti pakai tepung macam Ratu Tepung a.k.a RynnReen .. Dan semestinya aku tidak mahu menjadi Si Tanggang Betina a.k.a Lyana Evans..

Sahabatku Twitter,

Jika kau ingin menaikkan namaku, jangan lah seperti mereka.Sebab mereka naik kerana publisiti murahan.Jika kau ingin menaikkan namaku biarlah dengan ada kebaikkan kepada mereka.


Terima kasih sahabatku Twitter kerana sudi membaca surat ku ini. Sesungguh nya aku berharap kau nyah kanlah si Lyana Evans tu. Kejam punya anak.

Aku yang menggunamu,

Miss Dee ;)

2 comments:

Aida Omar said...

hehe.. kalaulah twitter mendengar mesti dia pun tak suka dengan perangai beberapa penggunanya tu..

aida datang dari sini Tahniah!! blog kamu direview oleh ain untuk pemenang segmen 1:

http://ainpunyeceritalah.blogspot.com/2012/11/blog-review-pemenang-segmen-1.html?showComment=1354026381433#c5598528661211066376

✿A I N A A✿ said...

tu la.. ena yang baru ada twitter ni pun dah dengar macam2 cerita... tula, lain kali jangan ingat kat twitter kita boleh cakap sebarangan... kan dah mengaibkan diri