Dirimu dalam kenangan



Tanggal 22 Februari 1995 , lahirnya seorang puteri comel yang diberi nama Yasmin Johan Eusoffe. Puteri sulung kepada Puan Sazlina dan Encik Johan Eusoffe Abdullah membesar sebagai seorang gadis yang cantik dan bijak. Si gadis ini adalah seorang yang periang. Tak percaya ? Baca lah blognya. Seorang kakak yang amat menyayangi adik-adiknya.




Anak gadis kacukan melayu-inggeris ini sememangnya seorang gadis yang sangat pintar. Mendapat 5A , manakala PMR 4A 4B. Amat berbakat bermain piano.Videonya ada di upload di Youtube. Berbakat kan.




Tapi, tanggal 3 Jun 2012 , 11.50 malam satu kejadian yang tidak dapat dilupakan keluarganya. Gadis comel itu terlibat di dalam sebuah kemalangan sehingga meragut nyawanya. Innalillahiwainnailaihirojiun. Apa kan daya Allah s.w.t lebih menyayanginya. 

Entah kenapa sayu sangat hati ini bila baca mengenai arwah walaupun diri ini langsung tidak mengenali arwah. Ya Allah tiap kali buka blog arwah dan page arwah, sayu sangat bila membaca coretan hati seorang ibu yang merindui anaknya. 

Saya lahirkan dia di Maternity Home, Pulau Pinang dan masa mengandungkan arwah saya mmg suka makan buah delima, mula2 saya sendiri tak tau buah ni mmg elok dan buah syurga, sehinggakan arwah mak saya cakap elok makan ni. Kebetulan pun mmg musim buah ni tengah ada di pasaran
 

Anak pertama dia mmg sgt comel, putih, dia byk mengikut kareakter suami saya sehingga dia besar. Dari kecik saya mengaku dia senang diajar, dan cepat dapat tangkap apa yg kita ajar.
tadika start umur 4 tahun, dalam umur 4 stengah tahun dan boleh membaca dan mengaji.
Matapelajaran Agama Islam yg paling dia minati
Seperti kanak2 biasa tetapi sering jadi tumpuan kerana rupa dia berlainan dgn org lain.
UPSR mendapat 5A
Bersekolah Agama di Maktab mahmud pada form 1
tapi melihatkan akademi di turun marah yg teruk
aunty keluarkan dia dan sekolah ke sekolah biasa
Selain dari Pelajaran Agama, dia meminati English dan BM
PMR mendapat hanya 4A dan 4 B, dia frust sgt




Bukan arwah seorang yang terlibat dalam kemalangan tersebut tapi dua sahabat arwah juga turut terlibat juga meniggal di tempat kejadian. Arwah Nur Hazwani Mansor, 16 dan Arwah Nur Afipah Aaina Ridzuan 16 . Ya Allah bertapa mudanya mereka meninggal. Lihat lah, ini membuktikan mati tidak mengenal usia. Ya Allah kau tempatkan lah mereka di kalangan orang yang beriman. 


Arwah sepatutnya menduduki SPM tahun ini, tapi apakan daya Allah s.w.t lebih menyayanginya. 'Yasmin , kami semua juga akan menyusuli kamu suatu hari nanti. Mati itu pasti' . Amanlah kau di sana.


Yasmin J Hunwick dalam kenangan. 22 Feb 1995 - 3 June 2012 


Tujuan tulis entry ini untuk mengenang kembali kepergiaan arwah. Tak sempat kenal arwah. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

4 comments:

Florence Ayum said...

pertama kali sya membaca kisah hidup arwah di blog nya, tersedan-sedan sya menangis . may her soul rest in peace :)

eqa sulaika said...

ape url blog die ?
boleh bgi kt blog sye x?

Miss Dee Laa said...

@eqa sulaika http://misschronicz.blogspot.com/

♥ sitifarhana ♥ said...

pernah jugak baca kisah arwah yasmin ni..huhu

smoga dia ditempatkan dlm golongan org2 yg beriman..insyaallah..