Kau Terlalu Istimewa

Assalamualaikum semua.. Aishhh, dah berzaman dah tak update blog ni.. Berhabuk dah.. Banyaknya labah-labah buat sarang..

Okeyh, dengan keadaan mood rajin nak update blog ni, aku nak update kisah tentang insan yang istimewa.

Tanggal 3 Jun 2012 seorang gadis yang bernama Yasmin Hunwick telah menghembuskan nafasnya setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Nama Almarhumah Yasmin menjadi sebutan sehinggan kini. Tapi kenapa, takkan sebab kemalangan je dah polpular? Ramai je orang mati eksiden tapi tak ada pun popular.. Mesti ada dalam kalangan anda ada berfikiran macam tu kan? Tapi, bagi aku lah kan, arwah Yasmin seorang yang sangat istimewa, sebab tu lah namanya menjadi sebutan setelah kematiannya. Keistimewaan dari sifat budi pekertinya yang mulia. Baca sahaja blognya, mesti korang dapat rasakan. Insan yang istimewa ni mesti namanya akan menjadi sebutan walau setelah ketiadaannya. Ada jugak orang cakap "Alah, Yasmin tu kan anak orang kaya, mestilah ramai orang kenal dia" .. Nak gelak je aku dengar orang tu cakap macam tu.. Ye arr, tak logik betul.. Tak masuk akal apa yang dia cakap tu. Dah beribu orang kaya mati tapi tak ada pun namanya menjadi sebutan macam arwah Yasmin ni. Kan aku cakap, Yasmin insan istimewa yang terpilih, sebab tulah namanya menjadi sebutan. Betul tak apa aku cakap. Betulkan?..

Aku tak kenal arwah Yasmin pun boleh menitiskan air mata baca kisah dia. Korang pun sama kan macam aku? Orang yang baik-baik, mulia budi pekerti je yang terpilih jadi insan istimewa ni. Betul kan? Buktinya? korang pergi tugu negara. Ada apa di sana? Tugu yang ada 7 orang perajurit tanah air yang tewas demi negara tercinta. Dorang pun insan-insan istimewa jugak. Yang cakap "Yasmin tu anak orang berada sebab tu famous" memang tak patut. Kalau orang tu tak baik budi pekerti dan sikapnya tak adanya orang nak sebut-sebut. Betul tak?

Aishh, kita semua ni macam mana pulak kan? Adakah orang akan sebut pasal kebaikkan kita atau kejahatan kita setelah kematiaan kita. Ya Allah.. Aku nak jadi insan yang istimewa seperti mereka. Yang di sebut sifat mulianya. Yang disanjung walau kau sudah menjemput. Aku takut menjadi insan yang dibenci sehingga matiku. :'(

No comments: